Life. Kehidupan.
Kehidupan ini bagaikan perjalanan yang panjang. Kita tidak akan dapat hentikan perjalanan ini kerna ia bukanlah di bawah kuasa sendiri. Tuhan yang tentukan segalanya. Sejak azali lagi perjalanan kita telah disuratkan. (Jika perjalanan ini terhenti maka kita sudah tiada lagi di dunia ini!)
How funny life is. Come to think about it again, we actually have already been through a lot of expected and unexpected situations. Tika perjalanan ini pasti akan kita berhenti di salah satu perhentian. Lama atau tidak hentian itu bergantung kepada apa yang bakal kita lakukan. Mungkin kita akan berhadapan dengan hujan lebat ataupun ribut taufan. Mungkin kita bakal dilukai, ditipu, dikecewakan, ditertawakan dan mungkin juga disayangi.
Walau apa jua situasi yang kita hadapi, hadapilah ia dengan tabah. Tegarkan hati, teruskan perjalanan itu. Percayalah bahawa kita tidak akan diduga oleh tuhan jika kita tidak mampu menanganinya. Jika pada ketika ini kamu menghadapi kesukaran, jangan biarkan ia menguasai kamu. Open up your mind, keep a positive thinking. Dare to take the risk. Make the decision that you should. And let things happen.
No comments:
Post a Comment