Welcome..

Welcome..

Thursday, September 23, 2010

BerHujung Minggu Di Cameron Highland!!

Hujung minggu lepas tika kesemua ahli kelurgaku masih dalam cuti raya maka sebuah plan hujung minggu yg tak laa berapa hebat telah diaturkan oleh kakak-kakak ku...(aku tahu pon last minute...tapi enjoy saja!). Maka pada pagi Sabtu yg indah walopan mcm nk hujan, ibuku bangun untuk masak nasi lemak. Kakak aku pula ambil peluang ni untuk masak kuah kacang daging ala orang jawa katanya...Hurmmmm bolehlaaa...kalau dah lapar makan ape pun sedap aja!! So dalam puul 8 pagi pagi kami memulakan perjalanan tapi Mia pula membuang sisa yang sepatutnya so kami pun bergegas ke Petronas terdekat. Dah settle, kami pon memulakan perjalanan mendaki Cameron Highland.Sesak??? Tak pun kerana kami pergi awal pagi. Tujuan utama kami pergi...spt yg kakak aku cakap..." kalau orang tanye kita pergi Cameron buat ape...cakap sajalah beli sayur nak masak tomyam...nak lagi hebat cakap...kami pergi sampai ke Pahang nak beli sayur nak masak tomyam malam ini". Teringat aku cerita Los & Faun...(Erra Fazira pergi petik strawberry kat Cameron naek helikopter!)..Pergi tgk cerita tu kalo tak paham jugak!

tangkap gambar sendiri bila takda org nk tlg amilkan...:)

ini adalah hotel equitorial cameron...test skill tangkap gambar!

pekan Brinchang...balai polis..hyepppp!!

kena sentiasa bersedia di taman sedia!!

Mia kena wrapped ngan mama dia..janji boleh makan!!

jaga-jaga cik salmah!!

main cak-cak plak...

dalam perjalanan ke BOH plantation...

haaaa...cantik tak???? (tagline eric leong)

haaaa..cantik tak?? cube teka ni ape??

kalau ada duit juta-juta boleh bina sebiji banglo kat sini!!

akhirnya sampai di Boh plantation..kalau tak salah 10 tahun lepas kali terakhir datang sini...cantik sangat!!

eh.eh..tertangkap pulak!!

kakak & abg ipar

pintu masuk kilang..dari jauh dah boleh bau teh!!

memang awesome kalau dapat bina ruma kat sini!!

makanan yg kami order...maaf yea, nasi lemak roti canai takda..semua english breakfast!!

aku bersama machine buat teh..
Walaupun singkat sahaja masa kami di sana, just enjoy the view while we were there..Awesome, spectacular view! (Nasib baik kami dah balik kerana hujan menderu turun tengahari itu). Jemputlah datang ke Cameron Highland (mcm jemput datang rumah pula!!) walaupun hanya sekejap. Ikut Simpang Pulai ya!!

No comments:

Post a Comment